fbpx
Gambar hiasan

‘Dia istimewa, saya terpukau dengan layanan mesranya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Walaupun dipandang serong, ramai suami yang memilih untuk berkahwin lagi mendakwa layanan mesra daripada kekasih gelap membuatkan mereka nekad untuk mendirikan rumah tangga.

Seorang eksekutif korporat sebuah agensi kerajaan dikenali sebagai Dinie, 47, berkata, dia memilih berkahwin dengan rakan pejabatnya yang juga bekas isteri orang kerana ‘jatuh hati’ dengan sikap dan budi bicara wanita berkenaan.

“Mungkin ini namanya jodoh. Saya tak akan sampai ke tahap dilamun cinta teruk apatah lagi rakan wanita yang ketika itu masih milik orang jika dia (wanita) tidak beri ‘hint’ dalam hubu­ngan
kami.

“Saya jatuh cinta dengannya atas dasar hubungan baik dan cara dia menjaga serta menguruskan kehidupan harian meskipun bermula di pejabat.

“Dia sanggup berpoligami dan dimadukan serta mempunyai alasan sendiri untuk meninggalkan suami pertamanya, membuatkan saya lebih serius de­ngannya,” kata Dinie.

Tambahnya, walaupun isteri dan anaknya tidak dapat me­nerima keputusan itu, namun dia nekad berkahwin dengan wanita berkenaan di sempadan negara empat tahun lalu sebelum mendaftarkan perkahwinan itu secara sah di negara ini setahun kemudian.

“Saya akui, isteri pertama dan empat anak masih tidak dapat menerima keputusan ini sehingga hari ini dan saya percaya, semuanya akan dipermudahkan secara baik nanti.

“Saya juga tiada masalah me­nerima dua anak tiri tinggal bersama,” ujarnya yang kekal bahagia dalam hidup berpoligami.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai kecurangan suami atau isteri orang yang mempunyai skandal di tempat kerja sebagai antara punca kepada keretakan rumah tangga di negara ini hingga ada antara mereka yang terlanjur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN