fbpx
RAMAI isteri yang terpaksa menanggung penderitaan selepas diceraikan hanya kerana bekas suami akhirnya memilih untuk hidup bersama rakan sepejabat. – GAMBAR HIASAN

Dicerai selepas terbongkar skandal suami di pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap tidak bertanggungjawab selain keinginan suami yang terlalu mengikut nafsu menyebabkan ramai isteri hidup menderita apabila mereka diceraikan gara-gara kehadiran orang ketiga.

Tidak hanya hilang kasih sa­yang, mangsa juga terpaksa melalui penderitaan mental dan fizikal semata-mata untuk memuaskan hajat suami mereka yang ingin berkahwin lagi.

Berkongsi kisah itu, seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Husna, 38, mengakui sa­ngat terkilan apabila suami yang ditatang bagai minyak yang penuh membuat keputusan untuk bercerai hanya kerana jatuh cinta kepada rakan sepejabat.

Kata Husna, bekas suaminya telah melamar teman sepejabat untuk dijadikan isteri kedua, namun wanita itu pula enggan hidup bermadu menyebabkan dia terpaksa diceraikan.

“Dia lebih memilih untuk bersama wanita itu dan tekad menceraikan saya.

“Perkahwinan yang dibina selama sembilan tahun berakhir dengan kejam selepas dia lafazkan talak kepada saya pada 13 Januari lalu.

“Tidak cukup dengan itu, saya juga telah dihalau keluar dari rumah. Dia langsung tidak fikirkan anak-anak dan keadaan saya yang tengah sarat mengandung anak ketiga ketika ini,” ujarnya.

Bagi Husna, dia pernah memujuk bekas suami untuk berbincang dengan baik demi menyelamatkan rumah tangga mereka, tetapi ditolak dengan alasan lelaki itu telah hilang rasa sayang dan cinta terhadapnya.

Seorang ibu kepada dua anak dikenali Sue, 52, pula mendedahkan suaminya pernah mempu­nyai hubungan istimewa de­ngan wanita lain selama dua tahun tanpa pengetahuannya.

“Suami saya pernah ada hubungan istimewa dengan rakan sekerjanya di sebuah kilang.

“Biasalah orang lelaki pantang nampak perempuan dahi licin, jenis cakap manja, memang mudah cair sampai terlupa tanggungjawab,” katanya.

Lebih menyedihkan, apabila kereta yang dihadiahkannya buat suami tercinta dijadikan sebagai kenderaan untuk membawa wanita tersebut bersiar-siar.

Gambar hiasan

“Saya tak sangka dia sanggup berlaku curang. Luluh hati saya ketika itu, namun saya perlu kuatkan semangat demi anak-anak,” katanya.

Di Langkawi, Kedah, seorang ibu tunggal dikenali sebagai Azlina, 45, mengakui cuba mempertahankan keluarganya demi anak-anak selepas mengetahui hubungan sulit suaminya dengan wanita lain.

Menurut Azlina, pada awal perkahwinan, dia sangat bahagia walaupun suaminya tidak mempunyai pendapatan tetap kerana bekerja sebagai ejen insurans.

“Segalanya berubah apabila suami tiba-tiba menyatakan hasrat untuk berkahwin lain selepas dia mengenali wanita lain.

“Saya hanya beritahu dia, kalau mahu berkahwin lain, pergilah ke mahkamah,” katanya yang merupakan seorang pensyarah.

Jelasnya lagi, mahkamah kemudian menolak permohonan bekas suaminya itu kerana faktor pendapatannya yang tidak menentu.

Katanya lagi, suaminya tetap berkeras untuk berkahwin de­ngan wanita tersebut yang juga rakan ejen insurans.

“Bila dia tetap berkeras, saya jadi tawar hati, jadi saya failkan penceraian di mahkamah supaya dia lepaskan saya dengan cara baik,” ujarnya.

Di George Town, Pulau Pinang, kebahagiaan rumah tangga yang dibina hampir 10 tahun musnah hanya kerana si isteri mempu­nyai kekasih gelap di pejabat.

Pegawai bank, Ashraf, 42, berkata, semuanya berlaku selepas bekas isterinya itu menjalinkan hubungan dengan seorang pengurus bahagian dipercayai kurang tempoh dua tahun, selepas melahirkan anak bongsu.

“Saya mula menghidu perubahan ketara bekas isteri apabila dia kerap menolak melakukan hubungan intim selain nafsu seks­nya yang semakin dingin.

“Rahsianya terbongkar selepas saya mengintipnya dari luar pejabat dan melihat isteri menaiki sebuah kereta dan me­labuhkan kepalanya pada bahu seorang lelaki yang juga suami orang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN