fbpx

PRN Johor: Air percuma, pengecualian lesen, sewa tapak penjaja antara tawaran PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (empat, kiri) menunjukkan buku Ikrar PN selepas melakukan gimik pelancaran di Trove Hotel di sini, hari ini.

JOHOR BAHRU – Isi rumah berpendapatan rendah di negeri ini bakal menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac depan.

Perkara itu diumumkan sendiri Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa melancarkan ikrar parti berkenaan yang bertemakan ‘Demi Bangsa Johor’ di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, selain air percuma, PN juga berjanji akan membuat pengecualian penuh bayaran lesen perniagaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana untuk tempoh lima tahun.

Katanya, PN akan terus berusaha untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat di negeri Johor bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Oleh itu, PN menawarkan skim air percuma sebanyak 20 meter padu kepada isi rumah berpendapatan rendah, memperluaskan Program Jualan Prihatin Rakyat, meneruskan pengagihan bakul makanan Johor Prihatin secara berkala.

“Selain itu, PN akan turut memperkasa penyelarasan pengagihan bantuan prihatin rakyat bagi memastikan tiada kumpulan yang memerlukan tercicir, termasuk orang kelainan upaya (OKU),” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, bagi membantu golongan penjaja yang terkesan dengan pandemik Covid-19, bantuan khas kepada penjaja akan disediakan dalam bentuk penghapusan bayaran lesen dan sewa tapak perniagaan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tempoh selama lima tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI