fbpx
OBSESI Duc Loi terhadap emas terbukti apabila bukan sahaja tubuh badannya diliputi emas setiap hari, kereta dan motosikal miliknya turut disadur emas.

Sanggup ‘pakai’ pada badan 2 kilogram emas setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERASAAN taksub terhadap sesuatu barangan sering kali menyebabkan seseorang itu bertindak di luar kawalan.
Begitulah juga seorang lelaki dari Vietnam yang mempunyai obsesi terhadap barangan kemas dan emas sehingga sanggup menggayakan barang kemas emas seberat dua kilogram pada tubuhnya setiap hari. Tran Duc Loi, 39, dari wilayah An Giang menjadi perhatian di Vietnam akibat kegilaannya terhadap emas. Setiap hari, Duc Loi akan menggayakan seutas rantai emas berbentuk naga seberat 250 gram, 10 bentuk cincin emas bersaiz besar, seutas rantai tangan emas yang tebal dan seutas jam tangan emas yang besar.

 

Baca artikel penuh di www,kosmo.com.my

 

PERASAAN obses atau taksub terhadap sesuatu barangan sering kali menyebabkan seseorang itu bertindak di luar kawalan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi kegilaan itu.
Begitulah juga dengan seorang lelaki dari Vietnam yang mempunyai obsesi terhadap barangan kemas dan emas sehingga sanggup menggayakan barang kemas emas seberat dua kilogram pada tubuhnya setiap hari.
Tran Duc Loi, 39, dari wilayah An Giang menjadi perhatian di Vietnam akibat kegilaannya terhadap emas.
Selain barang kemas yang digayakan pada tubuhnya, lelaki itu juga memandu kereta dan menunggang motosikal yang disadur dengan emas.
Menurut usahawan yang mengusahakan bisnes menjual cicak Amerika Selatan sebagai haiwan peliharaan mewah itu, kegilaannya terhadap emas bermula sejak tiga tahun lalu selepas dia percaya emas mampu membawa tuah.
“Saya mahu menyaluti tubuh dengan emas kerana percaya ia membawa tuah kepada perniagaan saya.
“Saya akan memastikan memakai sebanyak mungkin barangan kemas apabila keluar dari rumah,” katanya.
Setiap hari, Duc Loi akan menggayakan barangan kemas seberat dua kilogram termasuk seutas rantai emas berbentuk naga seberat 250 gram, 10 bentuk cincin emas bersaiz besar, seutas rantai tangan emas yang tebal dan seutas jam tangan emas yang besar.
Dia bagaimanapun tidak memakai barangan kemas sembarangan dan mendakwa hanya menggayakan sesuatu yang bersesuaian kepada amalan dan kepercayaan fengshui.
Ujar Duc Loi, pada mulanya, dia hanya memakai barangan kemas dalam jumlah yang kecil, namun mula menambah lebih banyak lagi bilangan barang kemas yang digayakan.
“Pada mulanya, saya hanya memakai beberapa barangan kemas emas, namun lama kelamaan saya menambah lagi jumlah barangan kemas yang digayakan.
“Saya mula terasa beratnya pada tubuh saya, namun kini sudah terbiasa,” jelasnya.
Lelaki itu juga berkata, dia cuba mencari keseimbangan dalam penggayaannya itu dan menyedari bahawa barangan kemas yang kecil lebih mudah patah, manakala barangan kemas yang tebal pula terlalu berat untuk dipakai bagi satu tempoh yang panjang.
Selain menggayakan barangan kemas emas yang berlebihan, Duc Loi juga sering dilihat bersiar-siar dengan menaiki sebuah kenderaan Lexus dan beberapa buah motosikal yang disadur emas.
Biarpun tindakan mempamerkan kekayaan secara berlebihan di akaun media sosialnya dianggap sebagai contoh tidak baik terhadap generasi muda, ia berjaya menjadikan Duc Loi terkenal di platform tersebut.
Beberapa video yang dimuat naiknya mendapat jumlah tontonan yang tinggi dan ramai antara mereka yang mengimpikan gaya hidup seperti lelaki itu.
“Saya berharap dikurniakan kekayaan dan kemewahan seperti ini,” demikian komen seorang netizen pada salah satu video dimuat naik Duc Loi.
Pun begitu, pesohor media sosial yang obses terhadap barangan kemas bukanlah sesuatu yang asing di Vietnam.
Beberapa tahun lalu, seorang usahawan dari negara itu, Tran Ngoc Phuc memakai barangan kemas seberat 13 kilogram pada tubuhnya kerana mendakwa mampu memberi manfaat kepada perniagaannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN