fbpx
Siti Saleha

Adegan ‘dalam kereta’ cuma andaian netizen – Siti Saleha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Saya tidak melakonkan adegan seks, tetapi cuma menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon.”

Demikian respons pelakon je­lita Siti Saleha berhubung babak dalam kereta lakonannya bersama Shah Iskandar dalam drama Love In Lockdown yang dikecam kerana dikatakan membawa unsur soft porn.

Kata Saleha, 32, sebagai pelakon, dia tidak boleh lari daripada dikecam penonton yang rata-ratanya masyarakat Melayu beragama Islam.

“Saya faham penonton kita ramai masyarakat Melayu beragama Islam tapi saya tidak merasakan adegan itu melampaui batas. Cuma gambarannya sahaja menampakkan berlaku ‘sesuatu’ di situ (dalam kereta),” katanya.

Cerita Saleha, ketika diminta melakonkan babak itu, pada awalnya dia juga tertanya-tanya sama ada adegan tersebut perlu dilakukan atau tidak.

“Saya percaya kepada pe­ngarah (Mai Fernandez). Ketika penggambaran dijalankan, kami gelak sebab kelakar. Cerita ini menarik dan kami berdua (bersama Shah Iskandar) cuba untuk melakukan yang terbaik.

“Cuma masyarakat kita tidak boleh terima adegan sebegitu. Saya tidak melakukan apa-apa adegan seks dengan Shah Iskandar,” tegasnya.

Saleha turut meluahkan rasa kecewa apabila ada netizen me­ngaitkan kisah peribadinya bercerai dengan babak tersebut.

Adegan Saleha turut mendapat perhatian penyanyi sensasi Caprice yang berpendapat orang ramai tidak seharusnya mengecam pelakon, sebaliknya tindakan pengarah perlu dipersoal.

“Tidak adil untuk kecam dan hentam pelakon terlibat. Mereka dibayar untuk melakonkan babak itu dan hanya ikut skrip. Anda semua sepatutnya marah kepada pengarah drama tersebut,” katanya di Instagram.

Siti Saleha yang melakonkan watak Doktor Suzana dalam drama Love in Lockdown yang ditayangkan bermula semalam menerusi platform penstriman Sooka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN