fbpx
Mohd. Shafiq ketika berucap pada perhimpunan khas amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hari ini.

Empat fokus pastikan perkhidmatan awam kekal relevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Penjawat awam hendaklah mempunyai daya ketahanan yang tinggi, anjal, tangkas dan berinovasi selain melengkapkan sifat-sifat tersebut dengan nilai integriti, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah.

Beliau berkata, perkara tersebut adalah fokus pertama iaitu menyegar semula penjawat awam selain tiga lagi fokus utama lain dalam menjadikan perkhidmatan awam menjadi organisasi yang terus kekal relevan.

Menurutnya, menerusi fokus pertama tersebut, penjawat awam hendaklah berpaksi kepada rakyat dan berfikiran realistik serta sentiasa bersedia untuk menyelesaikan pelbagai masalah merentas kementerian dan agensi demi kesejahteraan rakyat.

“Justeru, amalan ini akan dapat meningkatkan nilai tambah dan produktiviti perkhidmatan awam dan meningkatkan kepercayaan rakyat serta selaras dengan amanat Ketua Setiausaha Negara pada yang menegaskan pendekatan S.W.I.F.T iaitu akronim bagi ‘speed, world class knowledge, inspirational, flexible dan technology-based’.

“Selain mengambil tindakan dengan pantas dan tidak berlengah kita juga hendaklah mengambil amalan dan praktis terbaik dari dalam dan luar negara untuk dijadikan panduan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan khas amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hari ini.

Beliau berkata, menerusi fokus kedua iaitu landskap baharu organisasi awam, fungsi yang tidak lagi relevan hendaklah dijumudkan bagi membolehkan penjawat awam melaksanakan perkhidmatan dengan lebih berkesan berpaksikan objektif penubuhan organisasi itu sendiri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI