fbpx

100,000 tentera Rusia bakal serang Ukraine pada Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTIN dikatakan akan memberi lampu hijau serangan ke atas Ukraine menjelang pertengahan minggu ini. - Metro News

MOSCOW – Satu laporan perisikan mendakwa Rusia sedang bersedia untuk menyerang Ukraine pada pertengahan minggu ini, lapor akhbar Metro News UK, kelmarin.

Satu artikel di sebuah akhbar Jerman Der Spiegel menyatakan bahawa Presiden Rusia bakal memberi lampu hijau kepada 100,000 tenteranya untuk menceroboh Ukraine pada Rabu ini.

Menurut laporan, maklumat itu adalah hasil siasatan pelbagai perkhidmatan perisikan Barat termasuk Pasukan Perisik Britain dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS).

Semua maklumat mengenai pelan menyerang Ukraine dikatakan sangat terperinci dengan pendedahan laluan yang bakal digunakan bagi setiap serangan yang dirancang.

Di sebalik kekecohan berita ini, Presiden AS, Joe Biden masih mahu mencuba nasib untuk ‘memujuk’ Rusia apabila membuat panggilan telefon kepada Putin semalam, pada pukul 4 petang waktu Britain.

Namun begitu, tiada harapan tinggi diletakkan pada panggilan telefon itu berikutan cubaan beberapa negara Eropah lain untuk menyelesaikan isu ini secara diplomatik sebelum ini menemui jalan mati.

Kremlin pernah mengatakan bahawa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak mempedulikan amaran mereka mengenai perikatan yang berkembangan terlalu jauh ke timur.

Antara tuntutan lain, Putin mahukan jaminan sah dari sudut undang-undang bahawa Ukraine tidak akan dapat menyertai NATO.

Bagaimanapun, para pemimpin NATO percaya Ukraine mempunyai hak untuk memilih pakatan mereka tanpa campur tangan daripada kuasa dunia.

Ketegangan semakin memuncak sejak kelmarin apabila kedua-dua wakil kerajaan AS dan Britain mula mengarahkan rakyat mereka di Ukraine untuk segera meninggalkan negara itu.

“Keselamatan dan keselamatan warga Britain adalah keutamaan kami namun kerajaan tidak akan menyelamatkan mereka sekiranya gagal keluar sebelum perang meletus,” demikian kenyataan Pejabat Luar Negara Britain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI