fbpx

Tabung simpanan SSPN cecah RM10.8 bilion libatkan 5.2 juta akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (tengah) ketika menerima replika cek pada majlis Program Sumbangan Simpan SSPN Kepada Pelajar Asnaf Merbok di Sungai Petani hari ini.

PETALING JAYA – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berjaya mengumpul tabungan sebanyak RM10.8 bilion setakat 31 Disember lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, jumlah tabungan itu adalah hasil pembukaan 5.2 juta akaun SPPN sehingga hujung tahun lalu.

Beliau berkata, dengan pengenalan SSPN oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ia memberikan keistimewaan dan manfaat untuk rakyat di negara ini.

“Sebagai contoh menerusi simpanan di bawah SSPN Prime, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000.

“Ia ditawarkan kepada pendeposit sekiranya anak mereka berjaya menyambung pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikitiraf oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sumbangan Simpan SSPN Kepada Pelajar Asnaf Merbok di Sungai Petani hari ini.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah KEDA, Datuk Annuar Ahmad, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/ Yan, Khairil Azani Arzmi.

Pada majlis itu, seramai 50 orang pelajar asnaf dari sekolah rendah sekitar kawasan Merbok menerima sumbangan Simpan SSPN Prime yang dilaksanakan melalui Wakalah Zakat Negeri Kedah melibatkan peruntukkan sebanyak RM5,000.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI