fbpx
Khairy menerusi laman media sosial menggalakkan ibu bapa mendapatkan vaksin untuk anak-anak berusia antara 5 hingga 12 tahun.

Pendaftaran PICKids meningkat seramai 30,000 kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, memaklumkan jumlah pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) menunjukkan peningkatan ketara seramai 30,000 kanak-kanak.

Menerusi ciapan di laman Twitternya, Khairy menjelaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus berusaha untuk mendidik masyarakat akan kepentingan vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak.

“Pendaftaran meningkat seramai 30,000 kanak-kanak setakat semalam, KKM akan terus menjelaskan kepada orang awam kebaikan cucuk vaksin kepada anak-anak, meskipun melalui media sosial sahaja,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi laman web CovidNow, jumlah keseluruhan ibu bapa yang mendaftar untuk PICKids bagi mendapatkan dos pertama buat anak-anak mencecah 50,062 setakat pagi ini.

Jumlah kanak-kanak yang telah mendapatkan dos pertama vaksinasi pula baru mencapai 1.4 peratus hingga kini.

Terdahulu, pada Januari lalu, akhbar melaporkan Khairy mengumumkan program vaksinasi kanak-kanak akan dijalankan bulan ini bagi penerima berusia antara 5 hingga 12 tahun dan sistem tempahan janji temu dijalankan melalui MySejahtera. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI