fbpx

142 kawasan Petaling, Klang alami gangguan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 142 kawasan di Petaling dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula hari ini susulan kejadian paip pecah di Seksyen 15, di sini hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, kejadian itu berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berhampiran Lebuh Raya Persekutuan oleh pihak ketiga, semalam.

Katanya, kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah tersebut telah bermula sejak pukul 3 petang tadi.

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pukul 3 pagi esok dan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Air Selangor memaklumkan bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis kritikal gangguan bekalan air tidak berjadual ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI