fbpx

90 peratus ahli keluarga Bn 3 Senoi Praaq terima dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada ahli keluarga Bn 3 PGA Senoi Praaq semasa menerima suntikan dos penggalak di Kem Bidor semalam.

TAPAH – Seramai 216 ahli keluarga anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (Bn 3 PGA) Senoi Praaq di Kem Bidor di sini menerima suntikan vaksin dos penggalak semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Superintendan Azhar Hashim berkata, program vaksinasi itu dijalankan sepertimana ditetapkan untuk ahli keluarga Batalion 3 PGA yang majoritinya adalah dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

“Program ini mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Batang Padang bagi memastikan proses pemberian vaksin berjalan lancar.

“Ini adalah kesinambungan daripada dua lagi program pemberian suntikan dos penggalak yang telah dijalankan pada siri lepas,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Dos Penggalak
ini menjadikan peratusan penerima dos suntikan vaksin dos penggalak daripada jenis Pfizer BioNTech di pasukan itu kini mencapai 90 peratus.

Ia juga bagi menyokong usaha kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 dengan mendaftarkan diri dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI