fbpx

Elak malukan orang dalam media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR HUDA MUSA,
WARTAWAN EKSEKUTIF

MEDIA sosial kini sudah menjadi platform yang sangat popular dan digunakan oleh semua pe­ringkat umur untuk pelbagai kegunaan termasuk mengeks­presikan pandangan ataupun pengalaman dalam kehidupan seharian.

Selain mudah diakses, penggunaannya yang percuma juga menjadikan platform media sosial sering digunakan secara bebas sehingga ada sesetengah pengguna menyalahgunakan kebebasan itu.

Baru-baru ini, media sosial disajikan dengan pelbagai kisah atau video-video tular yang menjadi bualan hangat pengguna media sosial. Daripada kisah pemandu lori yang dituduh mabuk sehingga mengakibatkan kemalangan, pemandu teksi dipukul kerana disangka mabuk dan vi­deo jawatankuasa masjid memandikan seorang pencuri se­perti jenazah.

Penyebaran video itu sudah pasti meninggalkan kesan emosi kepada individu terlibat ataupun pengguna media sosial. Buktinya apabila terdapat pengguna yang marah serta sedih dengan video-video terbabit.

Itu sudah cukup membuktikan dua perkara yang sering berlaku di media sosial iaitu orang awam lebih pantas merakam dan menyebarkan sesuatu demi menjadikan sesuatu perkara itu ‘viral’ serta sikap pengguna media sosial yang terlalu cepat menilai tanpa memikirkan kesan kepada individu yang ditularkan.

Menurut pakar sains undang-undang Firma Guaman Fitnah & Gangguan Dalam Talian Minc Law, Melanie Hughes berkata, tingkah laku menular seseorang dengan tujuan untuk memalukan individu yang terliElak malukan orang dalam media sosialat bukanlah sesuatu perkara yang baharu.

Menurutnya, dimalukan dalam media sosial boleh menyebabkan kesan psikologi yang agak berat. Dari segi emosi, rasa malu adalah perasaan yang berbeza daripada rasa bersalah. Malu adalah serangan terhadap individu dan tindakan itu boleh menyebabkan mereka membenci diri sendiri.

“Apabila berasa malu, mang­sa tular itu boleh membenci diri sendiri dan berasa kekurangan atau jahat. Lebih teruk lagi seseorang itu berasa seperti dirinya tidak boleh diselamatkan.

“Bila dimalukan, kesannya terhadap kesihatan mental seseorang adalah ketara. Mereka akan lebih berasa malu berban­ding rasa bersalah. Jika seseorang itu rasa bersalah, dia ada kecenderungan yang lebih besar untuk memperbaiki kesilapan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Fauziah Mohd. Saad berkata, apa sahaja yang ditunjukkan di media sosial tidak semestinya menceritakan perkara sebenar, justeru itu sikap gemar menularkan sesuatu perlu dielak.

“Gambar atau video yang diambil kemudian ditularkan di media sosial tidak boleh menceri­takan perkara sebenar.

“Bukan itu sahaja, perkara yang ditularkan juga boleh mengganggu emosi individu terlibat ataupun orang ramai yang melihatnya. Sering kali berlaku, orang ramai membuat tanggapan yang salah terhadap gambar atau vi­deo tular,” katanya kepada Kosmo!.

Mengambil contoh kejadian seorang lelaki dimandikan se­perti jenazah baru-baru ini, katanya, kejadian tersebut bukan sahaja tidak sepatutnya berlaku malah tidak wajar dirakam dan disebarkan kerana boleh memberikan kesan emosi kepada individu terlibat.

“Matlamat rakam dan tularkan ini memang untuk memalukan mangsa. Tetapi, daripada aspek kemanusiaan memang tidak wajar buat begitu, sebab ini bukan sahaja membabitkan pelaku itu tetapi keluarganya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI