fbpx

Tak serik seksi, isteri Caprice rancang tambah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARRA menjawab pertanyaan peminat berkenaan zuriat.

SEJAK akhir-akhir ini seperti kerap pula cerita mengenai isteri Caprice iaitu Farra Inalis singgah di ruangan Diva.

Sebelum ini terbaca tentang dia menyelar golongan yang kerap mengecamnya sejak bergelar isteri Caprice.

Namun, kali ini bukan lagi mengenai kecaman tetapi tentang perancangan zuriat bersama Caprice.

Katanya, pengalaman melahirkan anak pertamanya lima tahun lalu masih berbekas sehingga timbul rasa serik.

“Insya-Allah, tahun depan. Kalau ingat semula pengalaman melahirkan Aleesya Sofea, serik,” katanya menjawab soalan seorang netizen dalam Instagram.

Terpulanglah, asalkan jangan terlalu stres kerana kecaman netizen. Mulut orang memang tak boleh ditutup.

DIVA: Ada yang tegur isteri Caprice semakin seksi dalam Instagram, betul ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI