fbpx
Izuwan terkandas lebih lapan jam dan masih menunggu air surut di Kampung Tengah, Gemencheh, di sini.

Pasangan suami isteri terkandas 8 jam tidur dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Sepasang suami isteri terpaksa tidur di dalam kenderaan apabila laluan ke rumah ibu mereka di Kampung Gemencheh Dalam, dekat sini dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan.

Pasangan berkenaan terkandas lapan jam dan masih menunggu air surut untuk ke lokasi berkenaan.

Mangsa, Izuwan M Yusuf, 33, berkata, dia dari Ayer Keroh, Melaka mahu pulang ke kampung sempena cuti tahun baharu dan tidak menyangka air sudah melimpah sehingga menenggelamkan laluan jambatan yang menghubungkan rumah ibunya, Sakinah Sulaiman, 73, sekitar pukul 1 pagi.

“Saya dan isteri membuat keputusan tidur di dalam kereta sementara tunggu air surut. Sehingga pagi ini, air nampaknya semakin surut, namun arus nampaknya masih deras.

“Ikutkan ada dua jalan untuk masuk ke perkampungan ini, namun kedua-duanya sudah dinaiki air serta tidak selamat untuk dilalui. Ikutkan tak pernah air melimpah hingga menutupi jambatan, namun kejadian kali ini agak buruk dan mengejutkan,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Tengah, di sini hari ini.

Menurutnya, dia bimbang dengan keadaan ibunya, namun lega kerana kebanyakan adik-beradiknya menetap di kampung tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN