fbpx
ABDUL RASHID dan isterinya menunjukkan gambar bayi mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung semasa hadir di pejabat One Hope Charity di Pulau Pinang baru-baru ini.

Bayi empat minggu perlu RM60,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Selepas empat minggu dilahirkan, Raisya Zameena Abdul Rashid tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau gejala yang ganjil ke­cuali penyakit kuning.

Pihak hospital ketika itu juga memaklumkan tiada perubahan luar biasa pada tubuh si kecil tersebut sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Bagaimanapun, perubahan pada tubuh Raisya Zameena berlaku secara perlahan-lahan setelah memasuki usia hari ke-18 apabila bibirnya bertukar menjadi ungu, manakala aturan pernafasannya juga tidak normal.

Bapanya, Abdul Rashid Abd. Latif, 31, membawa bayi itu ke Hospital Baling, Kedah dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Menurut Pengerusi pertubuhan kebajikan One Hope Charity and Welfare Bhd., Datuk Chua Sui Hau, doktor mengesahkan Raisya Zameena mempunyai masalah kecacatan jantung apabila pembuluh darah aorta dan arteri pulmonari bertukar tempat dan keluar daripada vertical secara salah atau Transposition of Great Arteries dan aortic yang terputus.

Pembedahan perlu dilakukan dalam masa enam minggu selepas dilahirkan untuk menyelamatkan nyawa bayi itu.

Kos pembedahan adalah sebanyak RM110,000 dan keluarga­nya hanya mampu menyediakan kos sebanyak RM50,000.

“Pihak kami bersetuju membantu mengumpul sumbangan bagi membantu keluarga bayi tersebut ,” katanya dalam kenya­taan di sini.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org atau aplikasi One Hope Charity ke akaun Public Bank Berhad bernombor 3193433435 atas nama pertubuhan tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN