fbpx

Polis Kelantan siasat dua anggota lakukan hubungan intim dengan orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (tiga dari kiri) menyampaikan surat penghargaan kepada pegawai kanan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Menjalinkan hubungan intim dan berkahwin tanpa kebenaran merupakan antara 116 kes tindakan tatatertib yang bakal dikenakan terhadap pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati, dua anggota polis di Kelantan dipercayai menjalinkan hubungan intim dengan orang awam manakala seorang lagi didapati berkahwin tanpa kebenaran di Indonesia.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ketiga-tiga kes itu dipercayai berlaku dalam masa terdekat malah ia masih dalam siasatan dan mereka masih belum dikenakan sebarang tindakan tatatertib.

Menurutnya, jika didapati anggota itu terlibat dalam kes melakukan hubungan intim dengan orang awam dan berkahwin tanpa kebenaran, mereka boleh dikenakan amaran atau denda yang sepatutnya.

“Daripada jumlah keseluruhan 116 tindakan tatatertib, kebanyakan daripadanya dikenakan kepada anggota polis. Selain itu, 61 kes kesalahan melibatkan jumlah anggota yang sama telah selesai manakala baki 51 kes masih dalam siasatan.

“Kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh warga PDRM Kelantan adalah terlibat dengan penyalahgunaan dadah sebanyak 19 kes, jenayah (16 kes) dan rasuah (1 kes),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, seramai tujuh anggota telah dibuang kerja, 32 orang masih ditahan kerja kerana terlibat dengan kes jenayah, dadah dan Suruhanjaya Peecegahan Rasuah Malaysia.

Katanya, selain itu, seramai 15 anggota telah diberi surat amaran dan lapan orang menerima surat teguran.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, sebanyak 770 kes telah direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan sepanjang Januari hingga November tahun ini.

Tambahnya, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 42 kes atau 5.2 peratus membabitkan kerugian lebih RM17 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI