BARU-BARU ini pelakon dan juga penyanyi Daiyan Trisha ada memuat naik beberapa keping foto dalam laman sosial.
Macam biasalah, mulut netizen ada sahaja yang tidak kena bila Daiyan berkongsi gambar dirinya memakai skirt mini yang terlalu pendek.
Biarpun dikecam, tapi ramai juga yang memuji penampilan Daiyan yang diibaratkan menyamai penyanyi terkenal antarabangsa iaitu Ariana Grande.
Diva perhati juga penampilan dan gaya Daiyan, ada juga mirip dengan penyanyi bersuara nyaring itu. Daripada gaya rambut sehingga solekan, memang membuatkan Daiyan saling tidak tumpah seperti Grande.
“Ariana Grande versi Malaysia. Lawa sangat kak Daiyan,” komen salah seorang pengikutnya dalam Instagram.
“Saya ingatkan Ariana Grande,” kata seorang lagi pengikutnya.
Untung sangat Daiyan apabila disamakan dengan penyanyi tersebut. Apa-apa pun Diva doakan semoga Daiyan yang disahkan positif Covid-19 awal minggu lalu segera sembuh ya.
DIVA: Tak sabar rasanya nak tahu 12 buah lagu yang layak bertanding ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-36!






