fbpx

Suasana mahkamah tenang, tidak kelihatan penyokong Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pintu masuk mahkamah Istana Kehakiman yang dikawal rapi termasuk wartawan dan jurugambar yang hadir membuat liputan pagi ini.

PUTRAJAYA – Suasana pekarangan Istana Kehakiman pagi ini tenang dan tiada kehadiran penyokong berlegar di kawasan mahkamah.

Meskipun tiada kehadiran penyokong, pasukan keselamatan mahkamah termasuk pihak polis tetap mengawal keadaan sekeliling termasuk kawalan ketat di semua pintu masuk mahkamah.

Difahamkan kira-kira 100 media termasuk antarabangsa hadir bagi membuat liputan yang mana kesemuanya telah berdaftar sejak dua minggu lalu.

Hari ini adalah keputusan Mahkamah Rayuan menetapkan keputusan rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kes dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta, dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Rahman yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan demikian melalui prosiding dalam apklikasi Zoom hari ini selepas pihak-pihak bersetuju untuk keputusan itu diputuskan melalui aplikasi tersebut.

Ini bermakna pihak-pihak termasuk Najib selaku perayu tidak perlu hadir secara fizikal ke Mahkamah Rayuan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI