fbpx
Gambar hiasan.

Beri peluang pendidikan kepada kanak-kanak, banduan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Peluang pendidikan harus diberikan kepada semua kanak-kanak di negara ini termasuk di sekolah pemulihan dan banduan muda yang sedang menjalani hukuman.

Itu antara perkara dibincangkan pada mesyuarat Majlis Sosial Negara Bilangan 2 Tahun 2021 yang diadakan secara sidang video di Parlimen, hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu turut dihadiri barisan menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi yang terlibat.

Majlis Sosial Negara menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk tindakan yang berkaitan dengan pindaan Seksyen 77 (3) Akta Kanak-kanak 2001 dilaksanakan.

Menurutnya, pindaan itu penting bagi membolehkan lebih ramai banduan muda di Sekolah Henry Gurney mendapat peluang pembelajaran yang lebih holistik.

“Pada masa sama, isu penguatkuasaan jenayah terhadap kanak-kanak di media sosial turut mendapat perhatian ahli majlis untuk terus diperkasakan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN