KUALA LUMPUR – Jenama kopi, Wonda hadir dengan pelbagai promosi menarik sempena sambutan Hari Kopi Antarabangsa Wonda yang dianjurkan buat tahun ketujuh berturut-turut dalam suasana sambutan ulang tahun kemerdekaan.
Dalam situasi norma baharu, Hari Kopi Antarabangsa Wonda membawakan sesuatu yang berbeza untuk merapatkan hubungan namun tetap mematuhi konsep penjarakan fizikal.
Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T. Sundaram berkata, dalam situasi sekarang, ramai yang merindukan rasa kopi kegemaran dari kampung halaman dan suasana berkumpul bersama sahabat handai di kafe atau kedai kopi.
“Kami ingin mencari cara untuk mengembalikan nostalgia ini menerusi inisiatif Hari Kopi Antarabangsa kali ini,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini.
Melalui inisiatif berkenaan, Wonda mengeluarkan empat varian kopi Hari Malaysia dalam tempoh masa terhad, iaitu Kopi Edisi Sarawak, Kelantan, Johor dan Pulau Pinang.
Pelanggan kini boleh mendapatkan rasa unik kopi tempatan di mana-mana dan pada bila-bila masa di peruncit terpilih seperti 7-Eleven dan kedai Mesra Petronas. Selain itu, Wonda turut membawakan konsep persampelan kopi tanpa sentuh dengan meletakkan peti sejuk berisi produk Wonda di tempat terpilih seperti universiti, pejabat dan stesen LRT.
Peti sejuk itu akan terbuka secara automatik pada pukul tiga petang, memandangkan kajian menunjukkan ketika itu rakyat Malaysia mangalami fasa Blues 3 pm yang mana tahap tenaga berada pada paras terendah selepas makan tengah hari dan memerlukan sesuatu yang menyegarkan.
“Kebiasaannya persampelan kopi dilakukan oleh promoter, namun kami berpandangan cara tersebut tidak sesuai ketika ini,” katanya.
Hari Kopi Antarabangsa Wonda tawar promosi menarik
- Oleh KOSMO!
- 26 Ogos 2020, 10:02 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

DC Skin terima anugerah, Dr. Cute dinobat Duta Kesihatan Asia Pacific
29 April 2026, 5:27 pm

Malaysia pasaran berpotensi buat Pyunkang Korean
29 April 2026, 9:12 am

Capacity Building pacu kemajuan syarikat bumiputera lebih berdaya saing
28 April 2026, 6:52 pm

Matcha atau kopi, mana lebih baik?
28 April 2026, 8:18 am

Bang Mat seronok, lebih 20 jenis produk tempatan di Fujimart Hanoi
25 April 2026, 1:39 pm

Produk pertanian tanpa permit RM1,600 dirampas di KLIA
23 April 2026, 6:03 pm

Buat tiga kerja sehari, mangsa pelaburan mesin layan diri hilang RM40,000
21 April 2026, 2:35 pm

Kopi Village 24 ‘port’ lepak santai Gen Z
19 April 2026, 8:40 am






