fbpx

Pemuda maut bertembung dengan lori balak di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Toyota Camry dipandu Soon Khong yang terlibat dalam kemalangan di KM 357.5, LPT 2 berhampiran Plaza Tol Kuala Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pemuda maut selepas kereta jenis Toyota Camry dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori balak di Kilometer 357.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi itu, Chow Soon Khong, 21, yang berasal dari Ampang, Selangor meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan disebabkan kereta Toyota Camry dipandu Soon Khong yang dalam perjalanan menghala ke Kuantan, Pahang dikatakan cuba memotong sebuah lori membawa muatan balak di hadapannya.

“Begitupun, cubaan untuk memotong itu gagal sebaliknya kenderaan tersebut terkena belakang lori balak yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun berkenaan.

“Impak rempuhan tersebut menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat.

Tambah beliau, pemandu lori balak tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN