fbpx

Bajet 2022: RM635 juta khusus untuk bantuan kebajikan, pusat aktiviti warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan akan terus giat melaksanakan program-program pembangunan sosioekonomi dan memelihara kebajikan komuniti tumpuan, terutamanya melibatkan warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, menjelang tahun 2030, Malaysia bakal dikategorikan sebagai negara menua.

“Justeru itu, bagi memastikan setiap warga emas yang memerlukan mendapat sokongan berterusan, bajet ini menyediakan lebih RM635 juta ringgit khusus untuk bantuan kebajikan, institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Selain itu katanya, aspek keselamatan kanak-kanak adalah penting lebih-lebih lagi ketika kita sedang berada di jalan raya untuk menuju ke suatu destinasi.

“Justeru, bagi memastikan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta, kerajaan akan mensubsidi 50 peratus atau sehingga 150 ringgit untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40.

“Sejumlah RM30 juta ringgit disediakan untuk tujuan ini dan bakal memanfaatkan 188 ribu keluarga B40,” ujarnya.

Katanya, bagi tahun hadapan juga, kerajaan menyediakan peruntukan khusus 30 juta ringgit bagi menaik taraf infrastruktur bangunan Kerajaan supaya mesra OKU.

“Peruntukan ini antaranya untuk menyediakan lebih banyak laluan khas bagi kegunaan golongan
cacat penglihatan,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI