fbpx
Antara kenderaan yang tenggelam di persimpangan Cheng di sini selepas kawasan itu dilanda banjir kilat, pagi tadi.

Tiga kereta tenggelam dalam banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Tiga buah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) tenggelam di persimpangan Cheng di sini selepas kawasan itu dilanda banjir kilat, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, kesemua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan pasukan bomba.

Penyelia Pasukan (B) Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkifli Mohd. Ali berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.25 pagi dan sepasukan lapan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Apabila tiba di lokasi kita dapati tiga buah kereta telah tenggelam di dalam banjir di persimpangan Cheng.

“Dua buah kereta telah dikosongkan, hanya sebuah kereta jenis Bently mempunyai dua penumpang termasuk seorang warga emas dan pasukan bomba telah membantu menolak kesemua kenderaan itu ke bahu jalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kesemua yang terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan air turut mulai surut. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN