fbpx
Soon Lip Chee

Pulau Pinang tidak dijemput Hari Sukan Negara 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta penjelasan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung sebab negeri itu tidak lagi dijemput untuk sambutan Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021).

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, beliau baru-baru ini dimaklumkan sambutan Hari Sukan Negara yang akan diadakan Sabtu ini tidak lagi melibatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, beliau telah dijemput oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sukan Negara 2021 pada 14 September lalu.

Susulan mesyuarat tersebut juga katanya, beliau turut dijemput mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sukan Negara 2021 peringkat Pulau Pinang pada 21 September lalu untuk membincangkan penganjuran HSN 2021 dengan agensi-agensi berkaitan.

“Tindakan Kementerian Belia dan Sukan ini adalah tidak selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

“Oleh itu, saya berharap Kementerian Belia dan Sukan dapat memberikan penjelasan secara rasmi berhubung isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak lagi dijemput bagi sambutan HSN 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Lip Chee, selaku Pengerusi Belia dan Sukan Pulau Pinang, beliau sering menekankan dan mempromosikan semangat ‘Sukan Untuk Semua’ dalam kalangan penduduk negeri itu.  – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN