fbpx
REKA bentuk motosikal Modenas Dominar D400 ini menarik dengan rekaan penyerap hadapan terbalik. – FAIZ ALIFF

Dominar D400, naik taraf yang ditunggu-tunggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

POPULARITI yang dikecapi motosikal Modenas Dominar D400 (Dominar D400) ternyata cukup untuk melayakkan jentera tersebut diberikan penaiktarafan oleh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas).

Bagi mereka yang mengenali motosikal sports tourer tersebut, penaiktarafan itu sudah tentu suatu yang ditunggu-tunggu selama ini.

Dinaik taraf baru-baru ini, Dominar D400 versi dinaik taraf itu telah menerima beberapa peningkatan teknikal selain menawarkan dua pilihan warna baharu berbanding versi asal yang dilancarkan pada tahun 2018.

Pengguna yang ingin memiliki Dominar D400 terbaharu tersebut boleh mendapatkannya pada harga RM13,997 tanpa insurans dan cukai jalan.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, motosikal terbaharu itu merupakan sebuah model dinaik taraf yang dinantikan ramai peminat jentera tersebut.

SISTEM ekzos berkembar melengkapkan rupa menarik motosikal ini.

Beliau yakin ia akan menjadi model yang digemari ramai berdasarkan peningkatan teknikal, gaya baharu serta harganya yang berpatutan.

“Antara ciri naik taraf paling menarik pada model kali ini ialah penyerap hadapan terbalik atau upside down fork yang juga lebih dikenali sebagai fork USD yang menggantikan fork teleskopik konvensional pada model terdahulu.

“Enjin 373cc DOHC dengan teknologi DTS-i penyejukan cecairnya yang berkuasa 40PS dan tork 35Nm pula menerima sistem ekzos muncung berkembar baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Roslan, Dominar D400 naik taraf itu menjanjikan pengalaman tunggangan yang lebih berkuasa dan selesa kepada pengguna.

“Modenas Dominar D400 merupakan sebuah model sports tourer premium paling mampu milik di dalam segmennya.

“Bagi mereka yang telah menanti-nantikan kedatangan model ini di Malaysia, terima kasih atas kesetiaan dan penantian anda semua. Saya yakin penantian itu akan berbaloi bagi anda.

“Dengan harga yang menarik serta suntikan teknologi terkini, motosikal ini pasti akan menjadi sebuah pelaburan yang bijak bagi pembeli,” katanya.

PAPARAN pada ruang pemanduan.

Dominar D400 terbaharu itu juga menampilkan cakera brek bersaiz 320 milimeter (mm) di hadapan dan 230mm di belakang serta dilengkapi sistem Brek Antikunci (ABS) dual channel.

Motosikal ini turut dilengkapi penyerap hentakan tunggal Nitrox di belakang yang membolehkan penunggang membuat penalaan suspensi untuk mendapatkan kualiti tunggangan yang menepati kehendak masing-masing.

Antara lain, motosikal itu turut dipadankan dengan sistem klac Assist and Slipper yang akan membantu kendalian ketika pertukaran gear secara mengejut.

Tampil lebih bergaya, model itu juga menerima kemasan tankpad bercorak karbon baharu serta logo Dominar pada tempat duduk belakang.

REKAAN lampunya memiliki daya tarikan tersendiri.

Ia turut didatangkan dengan dua paparan meter LCD yang kini lengkap dengan indikasi gear, penunjuk kelajuan, jarak perjalanan, jam, rpm serta penunjuk tahap minyak.

Lampu hadapan automatiknya pula daripada jenis diod pemancar cahaya (LED) mozek yang mampu memberikan pencahayaan lebih jelas pada waktu malam.

Ia juga membolehkan penunggang dilihat dari jarak sejauh 1.5 kilometer (km).

Modenas Dominar 400 kini ditawarkan dengan dua pilihan warna baharu iaitu Savanna Green (hijau) dan Charcoal Black (hitam).

Motosikal naik taraf tersebut sudah berada di semua wakil pengedar sah Modenas mulai bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN