fbpx

Baru berjinak edar dadah sudah tertangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy (tengah) pada sidang akhbar di IPD SPU di Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Satu sindiket pengedaran dadah terbongkar selepas seorang penganggur lelaki yang membawa kira-kira 4.5 kilogram dadah jenis heroin di dalam sebuah kereta ditahan di Kepala Batas di sini Selasa lalu.

Menerusi serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, polis menemui dadah berkenaan yang diletakan di bahagian but kereta jenis Proton Wira yang dinaiki suspek.

Dadah tersebut ditemui dibungkus di dalam sepuluh plastik lutsinar yang kemudiannya diletakkan di dalam satu bungkusan plastik kurier bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika ditahan, suspek berusia 30 tahun itu dipercayai sedang dalam proses menghantar bekalan dadah tersebut yang dianggarkan bernilai kira-kira RM60,300.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati sindiket itu dipercayai aktif mengedar dadah sejak kira-kira dua bulan lalu.

“Suspek dipercayai baru berjinak-jinak dalam kegiatan tersebut memandangkan dia tiada rekod lampau berkaitan dadah dan hanya memiliki satu rekod jenayah berkaitan kes melarikan orang.

“Kita juga dalam usaha mengesan saki-baki ahli sindiket atau rakan-rakan suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU di Kepala Batas di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek direman selama enam hari sehingga Isnin depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI