fbpx
NAS IFFAT (enam dari kanan) bersama peserta daripada beberapa syarikat lain yang layak ke Separuh Akhir Pertandingan Teraju Superb yang dianjurkan dua tahun lalu.

Peniaga online dapat manfaat platrom e-dagang terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TREND terkini, kebanyakan orang sudah beralih dari pembeliahn secara fizikal di premis perniagaan kepada online.

Bagi memberikan pengalaman lebih lancar dalam perniagaan secara online, penjual atau pengusaha perlu menggunakan platform e-dagang yang sesuai dan tepat bagi membolehkan mereka terus kekal bersaing.

Seorang anak muda yang juga merupakan pendidik membangunkan aplikasi mudah untuk kegunaan para peniaga menjual produk mereka secara online.
————————————————————————————–
PENJUALAN dan pembelian barangan secara online sudah menjadi trend pengguna termasuk peniaga tidak kira di dalam mahu pun di luar negara.

Pandemik maut Covid-19 yang membadai dunia dan menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sedikit sebanyak memaksa urusan perniagaan melalui platform e-dagang diperluaskan.

Ia dilakukan seiring norma baharu masa kini yang seboleh-bolehnya ingin menghindari sebarang urusan dengan pelanggan dan sesiapa sahaja secara bersemuka.

Menyedari peri pentingnya peluang yang boleh dimanfaatkan serta dikongsi bersama, seorang anak muda kelahiran Kedah, Nas Iffat Mohd. Salleh, 32, bangkit mengasaskan platform e-dagang, Ordersini sebelum pandemik belum muncul lagi.

Diasaskan secara rasmi pada tahun 2016, Nas Iffat komited menjadikan Ordersini sebagai pilihan utama peniaga konvensional yang mahukan transformasi digital terhadap perusahaan mereka.

1. Siapa saudara dan apa karier yang dijawat pada ketika ini? Adakah memang terlibat secara langsung dalam dunia e-dagang?
Saya merupakan seorang pendidik yang sebelum ini mengajar di pedalaman Sabah.

Semasa zaman belajar, saya memang aktif dalam pelbagai bisnes dan mempunyai minat mendalam dalam arena perniagaan.

Ketika mengajar di pedalaman, aktiviti bisnes terbatas dan bertukar kepada perniagaan online.

Saya bermula dengan menjual produk digital seperti e-book dan perisian bermula pada 2015.

Ketika itu, saya perlukan sistem untuk menguruskan bisnes. Saya bina dan cuba pelbagai sistem yang ada di pasaran, tetapi tidak memenuhi keperluan saya pada ketika itu.

2. Apa yang mendorong saudara untuk mengasaskan platform e-dagang Ordersini dan kelebihannya berbanding segmen perniagaan lain?

Ordersini sebenarnya dibina oleh seorang rakan pemaju. Saya kemudian mengambil alih dan membangunkan sistem ini disebabkan fungsi yang saya perlukan.

Saya sendiri merupakan seorang yang minimalis, maka saya jadikan sistem Ordersini sebagai satu medium mudah untuk digunakan.

Saya faham bahawa peniaga yang mahu jalankan bisnes secara online akan menghadapi kesukaran ketika beralih kepada digital.

Namun, masalah itu tidak berlaku dalam Ordersini kerana ia dibina untuk memudahkan pengguna daripada semua aspek.

Ordersini menyediakan tutorial dan webinar untuk bantu pengguna memasukkan produk, terima jualan dan peniaga boleh memiliki kedai online sendiri dengan mudah pada harga sangat rendah.

NAS IFFAT bangga dapat melahirkan sebuah platform e-dagang inovatif yang berfungsi membantu ramai peniaga.

3. Setiap perniagaan yang dibangunkan pasti ada cabaran tersendiri. Boleh kongsikan antara cabaran yang terpaksa dilalui?

Cabaran terbesar ketika membangunkan sistem Ordersini adalah ketika berada di pedalaman yang mana capaian dan akses internet terhad.

Sebarang isu yang berlaku membuatkan proses membaik pulih ambil masa lama untuk diselesaikan.

Ketika musim pandemik, cabaran lain muncul iaitu terlalu banyak pesaing di pasaran.
Namun, ia tak pernah mematahkan semangat untuk terus fokus bantu peniaga.

4. Perancangan perjalanan perniagaan saudara untuk tempoh lima ke 10 tahun akan datang?

Pelan jangka panjang Ordersini dijangka mampu membuka langkah dan menembusi pasaran negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

Dalam dua tahun ini sahaja, Ordersini menerima jumlah pengguna dan permintaan tinggi untuk menggunakan sistem yang kami bangunkan.

Kami juga giat menaik taraf dan menambah fungsi baharu setiap hari untuk memastikan pengguna dapat menjana jualan memberangsangkan.

Platform ini juga akan dilengkapi dengan sistem pemasaran lebih unik, mesra pengguna dan canggih.

Lebih membanggakan, tahun ini Ordersini melakar sejarah tersendiri apabila menjadi rakan penyedia program Micro Connector SME Corporation Malaysia yang memberi peluang kepada usahawan melakukan transformasi digital ketika musim pandemik.

5. Tip bagi anak muda atau mana-mana peniaga di luar sana yang berminat dalam perniagaan dan ingin cuba menggunakan perkhidmatan Ordersini?

Memulakan perniagaan adalah perkara mudah, tetapi untuk mengurus dan memastikan ia berjalan dengan baik amat sukar.

Pemilihan platform sesuai sangat penting dalam perniagaan digital. Kesilapan memilih platform membuat peniaga perlu bermula semula dari awal.

Platform Ordersini bukan sahaja sesuai untuk peniaga baharu, tetapi mesra digunakan untuk semua tahap perniagaan.

Peniaga boleh terus daftar akaun dan mula menjual tanpa sebarang kos serta komitmen dengan Ordersini.com.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN