fbpx
SHARIFUDDIN atau dikenali sebagai Damok dilihat tidak sabar mahu pulas minyak pada GP Aragon hujung minggu ini.

Damok tidak sabar uji jentera Moto3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA berbakat negara, Sharifuddin Azman bersedia memberikan yang terbaik ketika membuat kemunculan pertama dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) kelas Moto3 di Grand Prix (GP) Aragon, hujung ­minggu ini.

Sharifuddin atau mesra dipanggil Damok akan mengambil alih tempat John McPhee bersama pasukan Petronas Sprinta Racing yang diberi peluang beraksi dalam kelas Moto2 selepas Jake Dixon ke kelas perdana, MotoGP.

Damok yang beraksi pada FIM CEV Junior dan memenangi­ perlumbaan di Barcelona,­ Jun lalu dilihat tidak sabar mahu pulas throttle minyak­ di Aragon.

“Saya sangat gembira dan teruja untuk berlumba pada kejuaraan Moto3 buat kali pertama pada hujung minggu ini. Sudah pasti, saya akan memberikan 200 peratus dalam setiap sesi latihan bebas, kelayakan dan juga pada perlumbaan sebenar nanti.

“Saya mempunyai beberapa­ kenangan hebat di Aragon ketika­ bersaing dalam kelas Moto3 FIM CEV. Saya harap dapat membawa pengalaman terbaik itu sekali lagi di kejuaraan dunia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pasukan kerana memberi saya peluang terbaik seperti ini. Saya akan memanfaatkan sepenuhnya,” katanya semalam.

Damok akan beraksi bersama Darryn Binder dalam sai­ngan Moto3 di Aragon, mana­kala McPhee bersama-sama Xavi Vierge di kelas Moto2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN