fbpx
MARQUINHOS (kiri) meraikan gol pertamanya bersama Neymar pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi semalam. - AFP

PSG pahat sejarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel menghamburkan pujian terhadap barisan pemainnya selepas berjaya mara ke pentas final Liga Juara-Juara buat julung kali dalam sejarah kelab itu.

PSG memastikan tempat ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas berjaya menewaskan kelab Jerman, RB Leipzig 3-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Da Luz awal pagi semalam.

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu menegaskan, mereka hanya selangkah lagi untuk mencapai sasaran utama ia­itu memenangi kejuaraan paling berprestij Eropah tersebut.

“Menakjubkan, inilah tujuan kami datang ke sini. Memang kami menyasarkan untuk mara ke perlawanan akhir seterus­nya membawa pulang trofi Liga Juara-Juara ke Paris.

“Kami telah mempamerkan kualiti dan kesungguhan dalam perlawanan hari ini (awal pagi semalam). Kemenangan ini membuktikan PSG sememangnya la­yak ke final,” kata Tuchel.

Dalam masa sama, beliau turut melaungkan keyakinan bahawa anak-anak buahnya sudah bersedia untuk beraksi pada per­lawanan akhir walaupun ­sedar cabaran besar bakal menanti skuadnya pada Isnin ini.

“Pemain-pemain PSG cukup tenang sebelum perlawanan tetapi berbeza dengan saya. Aksi final nanti bakal menjadi perlawanan paling besar dalam karier saya sebagai jurulatih,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI