fbpx
KOLEKSI multifungsi mesra vaksinasi memudahkan si pemakai mendapatkan suntikan vaksinasi dan tampil bergaya menarik.

Fesyen pelbagai fungsi mudahkan proses vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA masa ini, pelbagai fesyen direka khusus bagi memudahkan pelbagai aktiviti seseorang sesuai dengan perkembangan semasa dan peredaran zaman.

Salah satu fesyen yang memberikan kemudahan kepada pemakainya adalah hasil tangan anak tempatan di bawah jenama Zaimi Zulkafli yang menampilkan rekaan pelbagai fungsi.

Rekaannya yang unik dan tersendiri ini memberi kemudahan kepada pemakainya mendapatkan suntikan vaksinasi, tetapi tetap bergaya menarik.

Katanya, idea untuk mereka fesyen tersebut datang selepas mendapati ramai orang takut mengambil vaksin disebabkan pelbagai cerita negatif mengenainya tersebar di laman sosial.

———————————————————————————————————————————————————————————————————————–

PANDEMIK Covid-19 banyak mengubah landskap kehidupan manusia termasuklah dalam rekaan fesyen dan pada masa sama cuba merangsang nilai-nilai positif kepada masyarakat untuk mengharungi dugaan wabak ini.

Bertepatan dengan hal tersebut, jenama Zaimi Zulkafl­i tampil dengan rekaan multifungsi mesra vaksinasi untuk memudahkan orang mendapatkan suntikan vaksin, namun tetap bergaya menarik.

Koleksi itu didatangkan dengan potongan longgar dan sejuk mata memandang diinspirasikan daripada kalimah bahasa Arab, al-kahf yang membawa maksud gua yang kelam.

Menurut pemilik jenama tersebut, Zaimi Zulka­fli, rekaan tersebut umpama membawa bayangan kelam itu keluar bersama sebuah harapan agar kita melalui suasana getir ini dengan lebih berani.

“Idea ini tercetus apabila mendengar ramai orang yang takut untuk mengambil vaksin berikutan tersebar banyak cerita negatif mengenainya.

ZAIMI ingin memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pengambilan vaksin menerusi koleksimesra vaksinasi ini.

“Sehubungan itu, saya ingin mencipta satu persekitaran yang positif untuk membangkitkan mood selain ceria dan bergaya ketika mereka hendak mendapatkan vaksin,” katanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Tambahnya, rekaan tersebut juga bertujuan menggalakkan masyarakat mendapatkan suntikan vaksin sebagai perisai perlindungan diri.

Zaimi memberitahu, ia direka dengan sangat selesa dan didatangkan dalam lima pilihan gaya iaitu kemeja-T kolar bulat, kemeja-T lengan panjang berlisu, celana ­ ared pinggang tinggi, top kurung, draped kaftan dan termos koleksi terhad Alkahf.

“Untuk menghasilkan koleksi ini, saya menggunakan beberapa material seperti kapas premium, sutera satin armani, krep satin dan kain kapas asas.

“Saya mengambil masa sekitar dua minggu untuk menyiapkan koleksi ini yang mana turut terdapat perincian zip tersembunyi pada bahagian bahu bagi memudahkan proses mendapatkan suntikan vaksin,” jelas pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor itu.

KEMEJA-T lengan panjang berlisu memberikan gaya kasual yang cukup anggun dan menarik untuk dipakai dalam semua keadaan.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, koleksi tersebut direka bermula saiz S hingga XXL untuk membolehkan semua orang berpeluang menggayakannya. Menariknya, top kurung itu direka untuk uniseks dan turut mempunyai satu poket di sebelah kiri.

Selain itu, Zaimi juga mereka kaftan yang bukan sahaja memenuhi keperluan ketika suntikan vaksin tetapi memudahkan para ibu menyusukan bayi mereka. Koleksi sedia pakai mesra vaksin itu dijual bermula RM89.90.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN