fbpx
Gambar hiasan

MOTAC perhalusi cadangan tukar van pelancongan jadi ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kini sedang memperhalusi inisiatif pengubahsuaian 100 buah van pelancongan untuk dijadikan ambulans di bawah Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley bagi membantu kes kecemasan membabitkan Covid-19 terutama di sekitar Lembah Klang.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu sedang dibincangkan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk melihat kaedah terbaik bagi merealisasikan cadangan yang
dikemukakan.

Beliau berkata, permit van pelancongan bagi Semenanjung Malaysia adalah di bawah bidang kuasa APAD dan sebarang urusan yang melibatkan pengubahsuaian adalah tertakluk kepada kelulusan APAD.

Menurutnya, bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula, permit kenderaan pelancongan dikeluarkan oleh kementeriannya di bawah Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594).

“Permit oleh APAD hanya dikeluarkan untuk pengusaha van pelancongan yang merupakan syarikat agensi pelancongan yang dilesenkan oleh kementerian di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

“Syarikat tersebut perlu mempunyai lesen pengendali pelancongan dalam negeri (inbound) terlebih dahulu sebelum boleh memohon kepada APAD,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN