fbpx
Proses pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.

360 kematian Covid-19, antara tertinggi direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes kematian harian terus merekodkan angka tertinggi dengan 360 kes, menjadikan jumlah kematian Covid-19 sebanyak 10,749 kes.

Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, kes aktif dengan kebolegjangkitan pula merekodkan 225,393 kes termasuk 1,095 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 571 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes harian hari ini sebanyak 18,688 kes termasuk 10 kes import dengan jumlah kes Covid-19 sebanyak 1,262,540 kes.

“Sebanyak 17,055 kes sembuh dengan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 1,026,398 kes,” katanya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN