PUTRAJAYA – Kes baharu menurun lagi hari ini dengan 18,688 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 1,262,540 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 6,565 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (1,883 kes), Kedah (1,610 kes), Negeri Sembilan (1,140 kes), Sabah (1,379 kes) dan Johor (1,308 kes).
“Selain itu, Kelantan (870 kes), Perak (861 kes), Pulau Pinang (694 kes), Pahang (602 kes), Terengganu (598 kes), Sarawak (581 kes) dan Melaka (526 kes).
“Putrajaya pula (63 kes), Perlis (enam kes) dan Labuan (dua kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














