fbpx
Wafariena enggan terlibat dengan kegiatan tidak senonoh. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

Wafariena ditawar RM120,000 jadi escort girl VIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Impak watak Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2, pelakon Wafariena Roslan mendedahkan pernah ditawarkan menjadi gadis pengi­ring (escort girl) kepada golo­ngan kenamaan dengan bayaran RM120,000 bagi satu malam.

Wafariena, 25, berkata, dia ke­rap menerima tawaran sedemikian yang dibuat menerusi laman Instagramnya sejak dia bergelar artis setahun lalu.

“Sudah banyak kali saya di­dekati ‘ibu ayam’ di Instagram.

“Ada yang menawarkan bayaran RM80,000 sehingga RM120,000 untuk satu malam menjadi escort girl kepada anak orang kenamaan,” katanya secara eksklusif kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Wafariena, dia bagai­ma­na­pun tidak melayan atau am­bil peduli mengenai tawaran tersebut.

 

WAFARIENA

 

Jelasnya, dia menyertai industri seni untuk menggilap bakat nyanyian dan lakonan bukannya terbabit dengan perkara tidak senonoh sehingga menja­tuhkan maruah dirinya dan ke­luar­ga.

Dalam pada itu, Wafariena memberitahu, dia banyak me­ne­rima gambar tidak senonoh da­ripada lelaki yang tidak dikenali sejak akhir-akhir ini di Instagramnya.

“Saya mula diganggu mesej-me­sej nakal selepas aktif di Instagram pada tahun lalu. Ia semakin menjadi-jadi sejak watak Nurul Ain mencuri tumpu­an.

“Sejujurnya, saya banyak te­rima mesej (Instagram) daripada lelaki yang tidak dikenali.

“Mereka ajak buat benda bukan-bukan dan ada pula yang sanggup menunjukkan alat sulit mereka,” dedahnya.

Wafariena mula dikenali selepas melancarkan single perta­ma Carilah Aku pada tahun lalu.

Anak keempat daripada tujuh adik-beradik itu semakin mencuri tumpuan apabila melakonkan watak antagonis Nurul Ain dalam drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku 2 yang bakal berakhir Isnin depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN