fbpx
Perdana Menteri Thailand, Prhayut Chan-o-cha - TV Pool

Boleh kritik kerajaan jika disokong fakta dan bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Jurucakap Kerajaan Thailand, Anucha Burapachaisari, memberitahu bahawa sebarang kritikan terhadap kerajaan dibenarkan jika ia adalah berdasarkan fakta benar, lapor laman berita Thaiger News, semalam.

Kenyataan itu susulan satu arahan daripada pentadbiran Perdana Menteri Prhayut Chan-O -Cha yang mengharamkan sebarang penyebaran berita palsu, mengelirukan atau menakutkan rakyat mengenai jenama vaksin Covid-19 disiarkan di sebarang platform berita atau media sosial.

Perwakilan enam persatuan media Thailand hari ini telah menyerahkan surat terbuka kepada Prayut agar pemerintah mencabut semua sekatan yang dikenakan di bawah Keputusan Darurat mengenai kebebasan bersuara.

Anucha yang menerima petisyen itu membincangkan isu berkenaan dengan semua perwakilan sambil  menjelaskan bahawa sekatan hanya tertakluk kepada berita atau foto tular yang hanya memburukkan situasi semasa.

“Pemerintah tidak menyekat hak rakyat untuk menyatakan pendapat mereka. Anda boleh menyuarakan kritikan, selagi ia berdasarkan fakta sebenar.

“Sekiranya anda mengkritik pemerintah dengan maklumat yang diputar belitkan, orang mungkin keliru, timbul salah faham dan menimbulkan kebencian ketika situasi wabak Covid-19 sedang meruncing,” kata Anucha dalam satu video yang disiarkan di YouTube.

Menurut perintah itu, media dilarang menyiarkan dan menyiarkan maklumat yang menimbulkan ketakutan atau dengan niat untuk memutar belitkan maklumat sekali gus menimbulkan kekeliruan yang boleh mempengaruhi keselamatan dan kestabilan negara.

Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Nasional (NBTC) berkuasa  merampas lesen media yang melanggar peraturan.

Mereka yang didapati bersalah akan dikesan alamat IP laman web yang digunakan dan NBTC boleh memotong akses internet serta merta. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN