PETALING JAYA – Kerajaan dicadangkan untuk membawa program vaksinasi ke sekolah-sekolah serta Institut Pengajian Tinggi (IPT) agar sesi pembelajaran normal dapat dikembalikan segera.
Cadangan itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik semasa sidang khas Dewan Rakyat hari ini.
Maszlee berkata, ekosistem pendidikan bukan hanya berkisar kepada guru sahaja, iaitu termasuk akitangan sekolah, pekerja kantin, pengawal keselamatan, pemandu bas, dan murid-murid.
“Saya mencadangkan agar kerajaan dapat memberi vaksin ke sekolah-sekolah dan berikan vaksinasi kepada warga sekolah tanpa mereka perlu pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
“Vaksinasi juga perlu diberikan kepada pelajar Kolej Vokesional berikutan mereka perlu menghadiri pembelajaran bersemuka,” katanya.
Dalam pada itu, Maszlee meminta kerajaan menjelaskan kedudukan pemberian vaksin kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang dikatakan akan diselesaikan pada bulan Julai.
“Apakah perancangan kerajaan terhadap pemberian vaksin kepada warga IPT yang mana kita tahu bilangannya ramai. Walaupun ada yang menerima vaksin AstraZeneca melalui MySejahtera, tetapi tidak semua berjaya mendapatkan dos vaksin tersebut.
“Sejauh mana proses libat urus bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana masih belum ada perbincangan vaksinasi bagi warga sekolah dan IPT kecuali perbincangan untuk menjadikan IPT sebagai PPV,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929