fbpx

Tisha’s hasilkan paratha rendah karbohidrat guna tepung kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrul SHAH (kiri) menunjukkan pelbagai pilihan produk keluaran syarikatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Berkat usaha serta kajian dan pembangunan (R&D) selama setahun, Tisha’s Food Manufacturing Sdn. Bhd. (Tisha’s) telah berjaya menghasilkan paratha rendah karbohidrat bersesuaian untuk memenuhi keperluan masyarakat yang mengamalkan pemakanan sihat.

Pengarah Eksekutifnya, Shamsul Shah Sulaiman berkata, Paratha Low Carb yang dihasilkan 100 peratus daripada tepung kelapa itu bersesuaian untuk mereka yang sedang mengamalkan diet dan mereka yang menghidap penyakit kencing manis, obesiti, gerd, arthritis dan kanser.

“Kami menghasilkan rangkaian produk makanan sihat yang akan dapat memenuhi permintaan masyarakat yang mengamalkan cara hidup sihat.

“Ternyata usaha kami bertepatan dengan perubahan gaya hidup masyarakat dan ini akan memberi lebih pilihan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan.

Produk yang telah diper­kenalkan pada pertengahan Mei lalu dijual pada harga RM38 sekotak yang menawarkan enam ke­ping paratha dan satu hidangan sampingan.

Shahrul Shah menerangkan, syarikat yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Kepong itu turut menawarkan produk makanan lain berasaskan kepada sajian sihat.

Tambah beliau, paratha bebas gula, tepung gandum, gluten, kacang dan tenusu itu bersesuaian dimakan begitu sahaja atau boleh dimakan bersama hidangan sampingan seperti sambal paru, daging masak hitam, rendang ayam, sambal udang, ayam butter dan kari daging.

Produk makanan tersebut boleh di dapati di pelbagai rangkaian pasar raya besar serta boleh di peroleh daripada platform online seperti Shopee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI