fbpx

Rumah Bonda disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa JKM menyita Rumah Bonda hari ini.

PETALING JAYA – Rumah kebajikan yang dikaitkan dengan kes penderaan anak istimewa kelainan upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella iaitu Rumah Bonda disita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh berkata, tindakan sita tersebut diambil setelah pihaknya mendapat Rumah Bonda tidak berdaftar dengan JKM.

“Kita telah ambil langkah proaktif yang mana kita mendapati Rumah Bonda ini telah melakukan pelanggaran syarat dalam menentukan premis pengoperasian sebagai sebuah pusat jagaan.

“Tindakan sita ini kekal sehinggalah adanya perintah mahkamah untuk membukanya semula,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, Che Samsuzuki berkata, sekiranya Rumah Bonda mahu meneruskan operasi, mereka harus mendapatkan kelulusan daripada bomba, Kementerian Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan sebelum permohonan untuk beroperasi dibuat dengan JKM.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes berkaitan Bella diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, kesemua penghuni di Rumah Bonda telah dipindahkan sepenuhnya dan diletakkan dibawah jagaan dan seliaan JKM.

“Tengah hari tadi Pengarah dan juga beberapa Pegawai Penguatkuasa JKM Kuala Lumpur telahpun menyita rumah Bonda.

“Rumah Bonda telah menjalankan operasi tanpa kebenaran dan tidak didaftarkan di bawah peruntukkan Akta Pusat Jagaan 1993. Pihak Kementerian memandang serius perkara ini dan mana-mana pusat jagaan yang tidak berdaftar akan dikenakan tindakan yang sama,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI