fbpx
Wan Kamarul Azran menyampaikan pek bungkusan kepada Norli dalam Op Bantu di Taman Desa Merpati di sini hari ini

10 keluarga Taman Desa Merpati terima bantuan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG –  Sebanyak 10 keluarga di Taman Desa Merpati dan kawasan sekitar menerima bantuan bakul makanan dalam Op Bantu yang disampaikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kepada individu yang terputus bekalan makanan berikutan penularan Covid-19 dalam negara.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebanyak 300 bakul makanan juga akan diserahkan kepada penerima terpilih berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada ketua balai polis, ketua kampung serta hasil rondaan anggota polis di bawah IPD Sepang.

“Kami akan pastikan dalam minggu ini, pengagihan 300 pek kepada masyarakat yang terkesan dapat diselesaikan.

“Jika jumlah pemohon melebihi 300, kami akan tetap bantu mereka dengan menyampaikan sumbangan yang diserahkan oleh syarikat dan individu kepada kami untuk diagihkan kepada yang memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan di Taman Desa Merpati di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN