fbpx
Whitelock mula mengubahsuai motosikal ini pada 2003. -Facebook

Motosikal dengan kapasiti enjin 48 silinder

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sebuah motosikal 48 silinder memegang rekod sebagai motosikal yang boleh berfungsi dengan jumlah silinder paling banyak di dunia, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Dikenali sebagai Whitelock Tinker Toy, motosikal itu adalah milik seorang peminat kenderaan tersebut dari Britain iaitu Simon Whitelock.

Motosikal itu pada asalnya merupakan model Kawasaki 250 S1 yang dilengkapi  enjin tiga silinder dengan sesaran 250 cc.

Namun, dari jauh, ia dapat dilihat kerana motosikal itu sudah dilengkapi lapan silinder S1 asal yang dijadikan enam baris dan diambil daripada enjin 16 buah motosikal S1.

Motosikal itu mula diubahsuai Whitelock pada 2003.

“Benjolan 48 silinder itu membuatkan enjinnya sukar untuk dihidupkan berbanding enjin motosikal konvensional.

“Jadi, kami menggunakan apa yang dipanggil ‘enjin keldai’ iaitu enjin sub 50cc yang apabila dihidupkan akan menghidupkan enjin 48 silinder itu,” kata Whitelock.

Whitelock Tinker Toy mempunyai enjin 16 baris dan yang ke-17 berfungsi sebagai butang untuk menghidupkannya.

Motosikal tersebut tidak bersifat praktikal memandangkan kedudukan antara pemegang tangan dengan hujung tempat duduknya yang jauh, menjadikan ia sukar ditunggang.

Ia juga memerlukan petrol yang banyak untuk berfungsi atau membolehkan kesemua enjin untuk berfungsi secara optimal. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN