fbpx

Penganggur ditemui mati tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang penganggur ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, dekat sini semalam.

Lelaki berusia 43 tahun yang masih bujang itu ditemui rakan serumahnya kira-kira pukul 6.40 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, mangsa yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan sebarang perlakuan jenayah.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Bukit Mertajam di sini untuk bedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI