fbpx
Zaini (kiri) bersama Selasawati (tengah) dan Zurairie meninjau PKRC di JKKN Kelantan di Tanjong Chat, Kota Bharu yang baru dibuka hari ini.

23 kes varian Beta dikesan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Sebanyak 23 kes melibatkan varian jenis Beta (B.1.351) yang sebelum ini dikenali sebagai varian Afrika Selatan telah dikesan menjangkiti pesakit Covid-19 di Kelantan setakat ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, jangkitan varian itu dikesan selepas terdapat kes terbaharu dalam Kluster Jalan Padang Tembak dan Bunut Susu baru-baru ini.

Katanya, selain itu, varian sama turut dikesan menjangkiti pesakit dalam kluster di sekolah tahfiz di Tanah Merah dan Kluster Kampung Bunut Sarang Burung.

“JKNK telah mengambil sampel calitan individu yang dijangkiti varian itu. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan, Tanjong Chat di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Zurairie Mohd. Zubir dan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr. Datuk Dr. Selasawati Ghazali.

Terdahulu, Zaini melawat PKRC JKKN yang merupakan pusat kuarantin ke-15 di Kelantan selain menjadi PKRC hibrid kedua di negeri ini yang menempatkan katil klinikal selepas Gelanggang Seni.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PKRC itu mula beroperasi hari ini dengan kapasiti 200 katil pesakit termasuk 44 katil klinikal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN