fbpx
PAHLAWAN-PAHLAWAN Briged Al-Qassam menunaikan solat berjemaah dengan senjata-senjata mereka diletakkan berhampiran.

K2

Perjuangan Hamas menentang rejim Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“TEL Aviv akan diserang tepat pada waktunya dengan serangan peluru berpandu yang lebih parah daripada yang berlaku di Ashkelon.

“Musuh harus faham mesej kami dengan jelas dan jika mereka kembali melakukan pelanggaran, kami akan kembali melakukan pembalasan,” tegas jurucakap Hamas, Abu Ubaidah.

Briged Al-Qassam yang merupakan sayap tentera bagi Hamas juga menyatakan bahawa pihaknya juga telah melancarkan serangan roket di Askalan, Ntivot dan Sderot.

Selain itu, pejuang Hamas juga telah melancarkan beratus-ratus roket ke arah Israel selepas
Rejim Zionis melakukan serangan udara sehingga meranapkan sebuah bangunan tinggi di Gaza dan membunuh seorang komander kanan mereka.

Konflik berdarah telah berlaku antara Palestin dan Israel setelah polis Israel telah bertindak meluru ke semua pintu Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis, Palestin sebelum bertindak menembak peluru getah dan melepaskan gas pemedih mata ke arah jemaah.

Selain itu, pengusiran keluarga Palestin dari rumah di wilayah timur Baitulmuqaddis oleh Israel juga telah memburukkan keadaan.

Rejim Zionis juga telah melancarkan serangan udara sebagai tindak balas terhadap serangan roket pergerakan Hamas.

 

SERANGAN udara yang dilakukan oleh Israel telah mendorong Hamas melancarkan serangan balas,

Tidak berdiam diri Briged Al-Qassam juga telah berjaya melancarkan serangan roket ke beberapa kawasan di Israel sebagai tindak balas terhadap serangan udara tentera Israel.

Israel sendiri tidak menjangkakan bahawa Briged Al-Qassam mempunyai keupayaan untuk melancarkan roket dalam jumlah yang agak banyak sehingga menyebabkan kemampuan pertahanan negara itu ‘Iron Dome’ tidak mampu menangkis kesemua serangan yang dilancarkan itu.

Iron Dome merupakan satu sistem pertahanan yang dibangunkan oleh Israel dalam menghalang serangan roket dari udara.

Portal berita Israel, The Jerusalem Post menyatakan, pejuang Hamas telah berjaya melancarkan lebih 100 roket dalam tempoh seminit termasuk ke arah ibu negara Israel, Tel Aviv dalam tempoh 24 jam.

“Kemampuan kumpulan Hamas untuk menembakkan roket dalam kuantiti yang banyak secara serentak amat mengejutkan,” jelas portal itu.

Dalam pada itu, Hamas yang juga bermaksud Gerakan Perjuangan Islam atau dalam bahasa Arab adalah Bahasa Arab disebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah merupakan satu parti atau pertubuhan yang amat ditakuti dan tidak disenangi oleh rejim Zionis.

Gerakan ini telah diasaskan pada tahun 1987 pada permulaan intifada Palestin melawan pendudukan Israel di Tebing Barat dan Gaza.

Dalam piagamnya, Hamas komited untuk menewaskan Israel dan perjuangan itu digerakkan oleh sayap tenteranya iaitu Briged Al-Qassam.

Selain itu, Hamas juga turut melaksanakan program kesejahteraan sosial bagi rakyat Palestin dan juga terlibat dalam politik negara itu.

 


SEORANG penduduk Israel melihat keadaan bangunan yang musnah akibat dibedil roket Hamas.

Pada tahun 2006, Hamas telah memenangi pilihan raya dan itu menguatkan lagi pengaruhnya di Gaza dan seteru terhadap Gerakan Fatah pimpinan Presiden, Mahmoud Abbas.

Sejak itu, Hamas yang sering bertempur menentang Israel sehingga beberapa negara di Eropah dan Amerika Syarikat melabelkan mereka sebagai kumpulan pengganas.

Dalam pada itu, banyak warga Palestin yang memberi sokongan terhadap Hamas sebagai pembalasan atas pendudukan Israel di tanah mereka.

Namun Israel tidak berdiam diri dan pada 2004, rejim Zionis telah melakukan serangan udara di Gaza sehingga menyebabkan pengasas dan pemimpin Hamas iaitu Sheikh Ahmed Yassin serta Abdul Azizi al-Rantissi terbunuh.

Di wilayah Palestin sendiri pada ketika itu berlaku perseteruan yang kuat antara Hamas dan Fatah setelah pemimpin Fatah, Yasser Arafat meninggal dunia pada bulan November tahun yang sama.

Sementara itu, piagam Hamas pada 1988 menegaskan, bahawa Hamas diasaskan untuk membebaskan Palestin termasuk wilayah yang diduduki Israel.

Mereka mahu menjadikannya sebagai wilayah Islam serta menolak kesepakatan damai dengan negara Israel.

Hamas juga menekankan bahawa perjuangan mereka bukan terhadap Yahudi tetapi terhadap rejim Zionis.

Sebelum ini Israel menuding jari dan mengatakan Hamas yang bertanggungjawab atas semua serangan yang mereka lakukan di semenanjung Gaza.

Pada Disember 2008, rejim Zionis juga telah melakukan serangan dan alasan ingin menghentikan serangan roket oleh Hamas.

Rejim Zionis juga turut menggunakan alasan yang sama ketika melakukan serangan udara pada November 2012 sehingga mengorbankan Komander Briged Al-Qassam, Ahmed Jabari.

Dalam kontek kelengkapan ketenteraan, kekuatan Hamas amat lemah jika dibandingkan dengan Israel, tetapi mereka bertahan kerana mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat Palestin.

 

PENDUDUK Palestin meraikan kemenangan pada Jumaat lalu ekoran kejayaan Hamas
menghentikan serangan rejim Zionis.

Israel jelas mempunyai kelengkapan ketenteraan yang lebih kuat dengan kekuatan pesawat tempur udara, drone bersenjata dan lain-lain lagi yang memudahkan untuk mereka menyerang Gaza.

Di sisi lain, Hamas hanya menyerang dengan menggunakan roket-roket yang dibangunkan oleh mereka sendiri dan ada juga dari luar yang diseludup melalui terowong dari semenanjuang Sinai di Mesir.

Roket buatan Kornet, Rusia yang digunakan oleh Hamas sewaktu konflik baru-baru ini juga dipercayai dibawa masuk melalui terowong tersebut.

Namun sebahagian besar persenjataan Hamas dibangunkan sendiri si semenanjung Gaza oleh anggotanya yang memilik pelbagai kepakaran.

Atas alasan itu, Israel menjadikan gudang senjata di Gaza sebagai salah satu sasaran utama serangan oleh rejim Zionis.

Namun begitu, rejim Zionis sendiri tidak dapat menganggarkan jumlah roket yang dimiliki oleh Hamas.

Roket yang dimiliki Hamas ini juga memiliki keupayaan yang pelbagai.

Hamas sendiri memiliki sejumlah roket yang pendek yang dikenali sebagai Qassam yang boleh menjangkaui jarak sehingga 10 kilometer (km), Quds 101, (16 km).

Selain itu, mereka juga memiliki roket Grand dan Sejil yang mampu dilancarkan pada jarak sehingga 55 kilometer.

Dalam pada itu, keupayaan roket yang dimiliki oleh Hamas juga dilihat semakin bagus di mana
boleh dilancarkan pada jarak yang lebih jauh sepertimana yang mereka lakukan pada konflik kali ini.

Roket jarak jauh seperti M-75 boleh dilancarkan sehingga 75km, Subuh (100km), R-160 (120KM) dan beberapa lagi yang boleh dilancarkan pada jarak melebihi 200km.

Jadi kini Hamas diyakini memiliki senjata yang mampu dilancarkan sehingga ke Tel Aviv serta beberapa kawasan lain yang menjadi lokasi infrastruktur penting Israel.

Dalam pada itu, Briged Al-Qassam sering dilabelkan sebagai kumpulan pengganas oleh media barat. Tetapi dalam satu dokumentari yang disiarkan oleh salah sebuah stesen televisyen di negara ini, kumpulan ini, Briged Al-Qassam menegaskan apa yang mereka lakukan adalah untuk mempertahankan diri selepas diserang.

“Musuh kami menceroboh tanah kami. Mereka menyebabkan kanak-kanak menajdi yatim piatu dan wanita menjadi janda.

“Mereka juga merosakkan tanah kami. Apa yang boleh kami lakukan? Adakah kita hanya perlu bertepuk tangan,” jelas salah seorang pejuang Al-Qassam.

Tambahnya, mereka memerangi Yahudi bukan kerana mereka bangsa Yahudi.
Ia bukan begitu mereka berperang menentang rejim Zionis yang mencerobih tanah mereka.

 

KEGEMBIRAAN dirasakan para penduduk Palestin apabila dapat memasuki Masjid Al-
Aqsa dengan aman.

 

“Saya masih ingat delegasi rabai Yahudi pernah melawat Gaza. Adakah kami melakukan mereka seperti
mana yang kami lakukan pada askar Israel. Sudah tentu tidak kerana mereka tidak bermusuh dengan kami,” katanya.

Dalam pada itu, dalam dokumentari bertajuk Briged Izzudin Al-Qassam: Skuad keselamatan elit Palestin, seorang pemimpin kumpulan tersebut menjelaskan, pasukan Bridge
Al-Qassam disertai oleh sukarelawan yang tidak menerima gaji.

Menurutnya, mereka terdiri daripada pegawai kerajaan, guru, pemandu dan lain-lain lagi.

“Golongan muda ini keluar untuk berjuang bagi mempertahankan tanah air daripada rejim Zionis,” jelasnya.

Tambahnya, syarat yang ketat dikenakan untuk mereka yang ingin menjadi anggota Briged Al-Qassam.

Selain mempunyai kelayakan fizikal aspek rohani juga amat ditekankan.

Mereka harus mempunyai kemampuan untuk menghafaz al-Quran dan menunaikan solat fardu berjemaah di masjid.

Sukarelawan ini perlu menjalani latihan selama lapan bulan sebelum diberi keanggotaan penuh.

Terdapat juga pihak yang mendakwa, mereka yang menyertainya juga mestilah bukan seorang pelaku maksiat dan tidak merokok.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN