fbpx

Video pekerja asing positif Covid-19 tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pekerja kilang berjalan dalam satu barisan tular di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Sebuah video yang memaparkan sekumpulan pekerja kilang warga asing berjalan dalam satu barisan menuju ke sebuah bas selepas disyaki positif Covid-19 menjadi tular di media sosial hari ini.

Video berdurasi dua minit 20 saat yang dimuat naik seorang pengguna Twitter itu dipercayai berlaku di pangsapuri Sri Serdang, Seri Kembangan.

Kesemua pekerja asing yang disyaki positif Covid-19  tersebut telah diarahkan untuk masuk ke dalam sebuah bas bagi tujuan pengasingan.

Kejadian dipercayai berlaku selepas salah seorang pekerja asing yang dijangkiti Covid-19 terbabit melakukan ziarah raya di pangsapuri berkenaan.

Pada awalnya, pengguna Twitter terbabit menyangka kesemua pekerja tersebut merupakan warga tempatan namun telah disangkal pengguna yang lain.

“Pembetulan, bukan di Balakong, tetapi di Serdang. Mereka semua yang dibawa oleh petugas barisan hadapan ini adalah pekerja kilang yang bukan warganegara.

“Kejadian tersebut bukan berlaku di Balakong kerana saya tinggal di Taman Impian, Balakong dan kawasan seperti dalam video tersebut bukan di tempat saya,” jelas @HazwanAfifi dalam ciapannya.

Seorang pengguna laman Twitter, @AbgMohdLuqman, berkata, ke semua mereka yang dibawa itu adalah pekerja kilang dan hampir ke semuanya bukan warganegara. Malahan, di kawasan tersebut merupakan tempat tinggal mereka.

“Ya benar, semuanya adalah pekerja kilang yang bukan warganegara. Mereka tinggal di salah sebuah blok di dalam flat tersebut,” ciapnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI