fbpx
PENYANYI Nourul Depp (kiri) dan Izara Aishah ketika menerima suntikan dos pertama vaksin hari ini.

Izara Aishah, Nourul Depp terima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Izara Aishah serta penyanyi, Nourul Depp memasuki senarai terkini golongan selebriti yang selesai menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca hari ini.

Masing-masing berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran dalam Instagram.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan Izara dan juga Nourul, kedua-duanya telah mendapat suntikan vaksin jenis AstraZeneca di Pusat Pemberian Vaksin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

“Alhamdulillah saya telah divaksin. Daftar sekarang di aplikasi MySejahtera ya kawan-kawan. Tidak boleh terus datang (walk in) tau. Sayang semua,” tulis Izara ringkas dalam Intagramnya.

Menerusi perkongsian dalam InstaStory, turut kelihatan ialah suaminya, Muhammad Adib turut berada di pusat pemberian vaksin tersebut dipercayai untuk menerima suntikan serupa.

Sementara itu, bagi penyanyi Nourul Depp atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab turut berkongsi beberapa keping foto ketika berada di pusat pemberian vaksin dan bergambar dengan petugas barisan hadapan.

“Ambil jangan tidak ambil. Lindungi diri sendiri. Kalau sayang diri dan keluarga, ambil vaksin. Kita lindungi diri kita dan juga semua,” ujarnya.

Terdahulu, selain Izara dan juga Nourul, beberapa selebriti tanah air juga selesai menerima suntikan pertama vaksin antaranya Kavita Sidhu, Datuk A. Aida, Elfira Loy, Diana Danielle dan Farid Kamil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN