fbpx
Keadaan di Machang Bubok, Bukit Mertajam yang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang tidak henti-henti sejak petang tadi. Foto - Facebook Muafakat Machang Bubok

Banjir kilat landa Machang Bubuk ketika waktu buka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Hujan lebat tanpa henti selama beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Bukit Mertajam di sini dinaiki air.

Antara kawasan yang teruk terjejas ialah Machang Bubok serta beberapa kawasan lain di sekitarnya.

Menurut Persatuan Kebajikan dan Sosial Anak-Anak Kampung Machang Bubok, banjir kilat itu juga menyebabkan sehingga hampir 85 peratus kawasan di situ dinaiki air.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! mendapati, beberapa penduduk yang terkesan akibat bencana itu turut memuat naik hantaran berkaitan di laman sosial Facebook.

Ada yang mendakwa tidak sempat menjamah makanan ketika masuk waktu berbuka puasa disebabkan kelam-kabut kerana terpaksa menguruskan keadaan rumah yang dimasuki air pada ketika itu.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Azman, 50, memberitahu, ini kali pertama dia berdepan dengan kejadian banjir kilat seperti itu sejak tinggal di Machang Bubok lebih 10 tahun lalu.

“Mujurlah rumah saya dibina agak tinggi walaupun terletak di lereng bukit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, ada juga penduduk yang berharap agar Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong turun padang untuk membantu penduduk yang terjejas dengan seberapa segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN