fbpx

26 terbunuh dalam nahas bot di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahagian hadapan bot penumpang hancur selepas melanggar bahagian sisi kapal pengangkut sebelum tenggelam. -AFP

DHAKA – Sekurang-kurangnya 26 individu terbunuh apabila sebuah bot laju yang dipenuhi penumpang berlanggar dengan sebuah kapal membawa muatan pasir.

Polis berkata, bot laju yang membawa sekurang-kurangnya 36 penumpang dari bandar Mawa bertembung dengan sebuah lagi kapal di sungai Padma ketika ia menghampiri stesen sungai utama di Schibchar.

“Kami telah menemui 26 mayat termasuk seorang wanita serta menyelamatkan lima lain yang cedera termasuk tiga orang kanak-kanak,” jelas pegawai polis, Amir Hossain kepada AFP. 

Amir berkata bahagian hadapan bot hancur selepas berlanggar dengan bahagian sisi kapal pengangkut sebelum ia tenggelam ke dalam sungai.

Seorang saksi kejadian, Abdur Rahman berkata dia terdengar bunyi yang kuat ketika kedua-dua bot tersebut berlanggar sebelum terbalik.

“Ketika bergegas ke tempat kejadian, kami melihat bot laju tersebut terbelah dua dan ratusan orang kampung mula menjalankan kerja menyelamat sebelum turut disertai polis dan anggota bomba,” katanya.

Bangladesh sedang membina jalan dan jambatan kereta api terbesar negara itu berdekatan lokasi kejadian.

Kerja-kerja pembinaan telah melambatkan pergerakan feri ke sungai, menyebabkan orang ramai memilih perkhidmatan bot laju yang kurang selamat dan hanya memerlukan sekitar 15 minit untuk membuat persimpangan berbanding feri yang mengambil masa hampir dua jam.

Kemalangan di sungai sering terjadi di negara yang mempunyai ratusan sungai itu.

Awal bulan lalu, lebih 30 orang maut selepas sebuah feri dari pusat bandar Narayanganj dengan kira-kira 50 penumpang berlanggar dengan sebuah kapal kargo besar. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN