fbpx

Klip audio tular : Anwar dipanggil beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) ketika bercakap kepada wartawan selepas selesai memberi keterangan di Bukit Aman hari ini.

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung siasatan penularan satu klip audio di Bukit Aman di sini hari ini

Anwar yang tiba ke pekarangan Bukit Aman kira-kira pukul 9.50 pagi dilihat ditemani oleh peguam Ramkarpal Singh dan Datuk Sankara Nair.

Ketua Pembangkang itu berkata, kehadirannya ke Bukit Aman adalah selepas dipanggil oleh pihak polis untuk dirakamkan percakapan sebagai saksi bagi membantu siasatan berhubung klip audio berkenaan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (KK).

“Saya telah memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan yang lengkap malah saya turut membangkitkan beberapa perkara kepada pihak polis.

“Mengapa isu seperti ini mahu dipolitikkan oleh kerajaan yang kelihatan sangat terdesak dan apa kaitannya dengan kemelesetan ekonomi, kegawatan politik dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku sekarang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, perkara kedua yang dibangkitkan adalah tentang penyebaran meluas klip audio tersebut dalam media sosial yang didakwa oleh Perdana Menteri sebagai ‘Scheme of Things’.

“Saya percaya sebahagian besar saudara (wartawan) dengar ia melibatkan ugutan, rasuah, lantikan pengerusi syarikat berkait kerajaan (GLC) dan sebagainya.

“Saya tanya ada siasatan kah kerana setahu saya tiada (siasatan). Jadi dia selalu ada dua darjat iaitu pemimpin dan orang bawah dalam hukuman, dakwaan juga siasatan,”ujar beliau.

Terdahulu, satu klip audio berdurasi 4 minit 17 saat tular di laman sosial media pada 7 April lalu yang didakwa merupakan perbincangan di antara Anwar dan Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membincangkan tentang Himpunan Agung Umno yang lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI