fbpx
REGER merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Neura Robotics.- Neura

Bersungguh hadap YouTube, pemuda keciciran ubah nasib jadi bilionair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Hanya belajar melalui video tutorial di YouTube, seorang pemuda yang tidak pernah menjejakkan kaki ke menara gading  berjaya menempa nama sebagai salah seorang bilionair teknologi paling berpengaruh di Eropah, lapor saluran berita VNExpress.

David Reger, 38, yang memulakan langkah tanpa sebarang asas teknikal, kini memimpin Neura Robotics, sebuah syarikat pemula pembangunan robot kecerdasan buatan (AI) yang bernilai AS$7 bilion (RM28 bilion).

Memiliki 20 peratus pegangan dalam syarikat itu,  beliau yang merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik kini mengumpul kekayaan peribadi dianggarkan mencecah AS$1.5 bilion (RM6 bilion).

Nasibnya mula berubah pada 2011 apabila sebuah syarikat pengeluar mesin di Switzerland menawarkannya pekerjaan dalam bidang percetakan 3D atau robotik. 

Memilih jalan sukar, dia memilih robotik walaupun langsung tidak memiliki pengetahuan mengenainya.

“Saya langsung tiada petunjuk tentang robot, tapi saya berlagak kononnya saya tahu serba-serbi,” katanya secara jujur.

Beliau memanfaatkan waktu malamnya dengan mempelajari selok-belok kejuruteraan robotik menerusi YouTube. 

Berkat ketekunannya, dalam tempoh hanya setahun, pasukannya berjaya mempamerkan lengan robotik berskala besar di Munich.

Reger kemudian nekad mengasaskan Neura Robotics pada 2019 bagi membangunkan robot pintar yang mampu bekerja seiring dengan manusia.

Percaturan beraninya membuahkan hasil apabila gergasi teknologi dunia seperti Nvidia, Amazon serta syarikat kripto Tether tampil menyuntik dana besar bernilai AS$1.4 bilion (RM5.6 bilion) pada Jun lalu.

Baru-baru ini, Neura turut melancarkan pusat latihan robotik bernilai AS$19 juta (RM77 juta) berhampiran Lapangan Terbang Munich, menyaksikan kira-kira 100 robot humanoid dilatih menyusun kotak dan mengangkat komponen kenderaan bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN