fbpx
Seorang warga emas perempuan ditemukan maut oleh anak lelakinya di sebuah perkampungan di Chengkau di sini, kira-kira pukul 9.45 pagi tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

Niat potong rumput, anak temui ibu mati tertangkup dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Hasrat seorang lelaki untuk melakukan kerja-kerja memotong rumput di rumah ibunya bertukar tragedi apabila menemukan ibunya yang berusia 87 tahun tidak bernyawa di dalam longkang, pagi tadi.

Mayat wanita warga emas itu ditemukan dalam keadaan tertangkup di dalam longkang di luar rumah mereka di sebuah perkampungan di Chengkau di sini, kira-kira pukul 9.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Ngiam Ooi Ming berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada anak mangsa yang berusia 66 tahun.

“Pemeriksaan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati mangsa merupakan wanita warga emas. Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN